Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok musnahkan sarang tebuan tanah, elak ancaman kepada penghuni rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok musnahkan sarang tebuan tanah, elak ancaman kepada penghuni rumah

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA APM Saratok telah memusnahkan sarang tebuan tanah di sebuah rumah persendirian di Jalan Sungai Buloh, Praja, semalam. Foto: APM Saratok

KRIAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kehadiran tebuan tanah di sebuah rumah persendirian di Jalan Sungai Buloh, Praja, semalam.

Menurut kenyataan media APM Daerah Saratok, laporan tersebut diterima susulan kebimbangan penghuni rumah terhadap ancaman sengatan tebuan yang boleh membahayakan keselamatan mereka.

Sejurus menerima panggilan, seramai tiga anggota APM telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan serta tindakan sewajarnya.

Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sarang tebuan tersebut berada di bawah atap rumah serta di dalam gulungan tikar, sekali gus meningkatkan risiko kepada penghuni sekiranya tidak ditangani segera.

ANGGOTA APM Saratok telah memusnahkan sarang tebuan tanah di sebuah rumah persendirian di Jalan Sungai Buloh, Praja, semalam. Foto: APM Saratok

Operasi pemusnahan kemudiannya dijalankan menggunakan teknik semburan racun serangga dengan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap bagi memastikan keselamatan anggota bertugas.

Tindakan pantas dan terancang itu berjaya menyelesaikan operasi tanpa sebarang kecederaan, manakala sarang tebuan telah dimusnahkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi berbahaya, dengan menghubungi APM Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ASEZ WAO kumpul 500kg sisa dalam program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong
Next: Lelaki tangkap ular sawa guna tong cat, elak ceroboh masuk rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.