Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS perlu capai perjanjian besar sebelum bincang dengan China – Trump
  • GLOBAL

AS perlu capai perjanjian besar sebelum bincang dengan China – Trump

Utusan Sarawak 12 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata AS perlu mencapai perjanjian besar untuk Amerika apabila Setiausaha Perbendaharaannya bersiap untuk bertemu dengan pegawai China di Switzerland, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval, Trump berkata, “Kita perlu membuat perjanjian besar untuk Amerika,” apabila ditanya mengenai perbincangan yang akan diadakan oleh Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dengan rakan sejawatnya dari China.

Apabila ditanya adakah beliau akan kecewa sekiranya Bessent pulang tanpa sebarang perjanjian, Trump menjawab, “Tidak, kami telah membuat banyak tawaran.”

Beliau menambah bahawa AS pada masa ini tidak menjalankan perniagaan dengan China, mendakwa negara itu mengalami kerugian perdagangan sebanyak AS$1 trilion tahun lalu.

“Jika anda tidak berurus niaga dengan mereka, anda tidak akan kehilangan AS$1 trilion,” katanya.

Perundingan yang dijadualkan pada hari ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan selepas Washington mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan import China awal tahun ini.

Sebagai balasan, Beijing mengenakan tarif balas setinggi 125 peratus.

Apabila ditanya mengenai kenyataan jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt yang baru-baru ini mengatakan bahawa tarif asas 10 peratus ke atas kebanyakan negara akan terus dikenakan, Trump mengesahkan dasar tersebut.

“Anda akan sentiasa mempunyai garis dasar. Mungkin ada pengecualian, jika seseorang melakukan sesuatu yang luar biasa untuk kami.

“Tetapi pada asasnya, anda mempunyai garis dasar sekurang-kurangnya 10 peratus dan sebahagian daripadanya akan jauh lebih tinggi 40, 50, 60 peratus seperti yang mereka lakukan kepada kami selama bertahun-tahun,” katanya.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lebih banyak perjanjian perdagangan dirangka selepas AS, UK muktamad persefahaman – Trump
Next: Menteri Ekonomi Jerman mahu lebih banyak loji janakuasa berasaskan gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.