El-Sayed, Muslim pertama dipilih sebagai Senator AS

Facebook
WhatsApp
CALON Demokrat bagi kerusi Senat Michigan, Dr. Abdul El-Sayed, berucap kepada penyokongnya pada perhimpunan terakhir kempen di The Majestic Theater pada 2 November 2026 di Detroit, Michigan. Foto AFP

WASHINGTON, 4 November: Demokrat Abdul El-Sayed menjadi orang Islam pertama yang dipilih ke Senat Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan bekas wakil Republikan Mike Rogers dalam pemilihan yang menjadi tumpuan di Michigan, mengekalkan kerusi penting yang dipegang Demokrat, menurut unjuran oleh media AS, lapor Anadolu Ajansi.

El-Sayed, bekas pegawai kesihatan awam, mewakili parti Demokrat yang kompetitif untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh Senator Gary Peters yang akan bersara.

Kemenangan bersejarahnya adalah selepas kempen yang dipenuhi tuduhan kontroversi.

El-Sayed menolak dakwaan yang mengaitkan beliau dengan ekstremisme.

Kemenangan itu juga adalah di negeri yang dimenangi Trump dengan kelebihan tipis pada pilihan raya presiden 2024.

El-Sayed akan menjadi orang Islam pertama yang berkhidmat di Senat apabila Kongres baharu bersidang pada Januari.

– Bernama

Ancaman bom ganggu penerbangan di Eropah

LONDON, 4 November: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom, menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara