Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS lulus RUU perbelanjaan dasar pertahanan
  • GLOBAL

AS lulus RUU perbelanjaan dasar pertahanan

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMANDANGAN sebelah utara Bangunan Rumah Putih di Washington D.C.

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang (RUU) versi perbelanjaan pertahanannya untuk tahun fiskal 2021, merangkumi peruntukan sekatan bagi projek saluran paip Nord Stream 2, lapor agensi berita Sputnik.

Akta Kebenaran Pertahanan Negara Senat 2021 (NDAA) diluluskan dengan undian 86-14.

Pada Selasa, Dewan Perwakilan meluluskan RUU perbelanjaan pertahanan sebanyak AS$740.5 bilion (AS$1 = RM4.3), merangkumi sekatan yang berkaitan dengan Nord Stream 2. Dewan Senat dan Dewan Perwakilan yang dilantik akan menyelaraskan kedua-dua rang undang-undang tersebut melalui proses persidangan. Setelah mereka menyetujui RUU yang diselaraskan, kedua-dua dewan akan mengadakan pungutan suara sebelum ditandatangani Presiden sebagai undang-undang atau membatalkannya.

Rang Undang-undang versi Dewan Senat termasuk dana tambahan untuk pertahanan peluru berpandu dan pembangunan senjata hipersonik. Ia turut merangkumi langkah-langkah untuk menukar nama pangkalan mengikut nama pemimpin Gabungan. 

Pejabat Pengurusan dan Belanjawan awal minggu ini berkata Presiden Donald Trump akan menolak Rang Undang-undang versi perbelanjaan Dewan Perwakilan kerana menentang peruntukan untuk menamakan semula pangkalan bersempena nama pemimpin Gabungan.- Bernama

Continue Reading

Previous: China lancar roket ke Marikh
Next: Pengangguran di AS meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.