Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Argentina, Mexico hasilkan vaksin Covid-19
  • GLOBAL

Argentina, Mexico hasilkan vaksin Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
TERUS SANITASI… Kerja sanitasi di sebuah pawagam di Mexico City. • Foto AFP

BOGOTA: Argentina dan Mexico akan menghasilkan vaksin Covid-19 untuk sebahagian besar negara Amerika Latin.

Ia akan dibangunkan oleh gergasi farmaseutikal AstraZeneca dengan Universiti Oxford, umum Presiden Argentina Alberto Fernandez, pada Rabu.

Menurutnya, pengeluaran Amerika Latin akan dikendalikan di Argentina dan Mexico.

“Ia membolehkan akses yang tepat pada masanya dan berkesan untuk semua negara di rantau ini.

“Kami berharap dapat memulakan proses pengeluarannya secepat mungkin,” lapor agensi Anadolu

Pada awalnya, pihak berkenaan akan menghasilkan 150 hingga 250 juta dos vaksin untuk dibekalkan ke seluruh Amerika Latin kecuali Brazil.

Ia berikutan Brazil sudah membuat perjanjian berasingan pada Jun bagi menghasilkan vaksin berkenaan untuk negara mereka.

Dalam pada itu, Menteri Luar Mexico Marcelo Ebrard menulis di Twitter bahawa kerjasama itu sudah dibuat oleh Fernandez dan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Carlos Slim Foundation, yang membiayai pengeluaran itu.

Sementara itu, kes dan kematian Covid-19 terus meningkat di negara-negara Amerika Latin.

Brazil masih berada di kedudukan kedua negara di dunia yang paling teruk dilanda Covid-19.

Jumlah kes yang disahkan di negara itu kini berjumlah 3,164,785, termasuk 104,201 kematian, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Di Mexico, jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 498,380 dan jumlah terkorban mencecah 54,666.-Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden Mexico dituduh terima rasuah
Next: Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE, Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.