Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi pecat Komander Tertinggi
  • GLOBAL

Arab Saudi pecat Komander Tertinggi

Utusan Sarawak 5 years ago
DIFAHAMKAN kerajaan negara itu juga sedang menyiasat empat pegawai lain atas arahan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud (gambar). • Foto BERNAMA

ARAB SAUDI: Komander Tertinggi Arab Saudi, Leftenan Jeneral Fahad Turki Abdulaziz dan anaknya Putera Abdulaziz dipecat daripada jawatan mereka.

Menurut Saudi Press Agency, pemecatan itu susulan dakwaan mereka terlibat dalam salah laku rasuah.

Turut dipecat beberapa pegawai kanan lain.
Kedua-dua mereka dikatakan terlibat dalam urus niaga yang mencurigakan yang dipantau di Kementerian Pertahanan.

Jeneral Fahad merupakan seorang putera dalam keluarga besar pemerintah Arab Saudi.

Beliau bertanggungjawab terhadap pasukan tentera pakatan dalam perang memerangi pemberontak Houthi di Yaman.

Manakala anaknya, Putera Abdulaziz dipecat daripada jawatannya sebagai wakil Gabenor Wilayah Al-Jouf Arab Saudi di barat laut kerajaan itu.

Dalam satu kenyataan, difahamkan kerajaan negara itu juga sedang menyiasat empat pegawai lain atas arahan Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada kesemua mereka telah ditahan dan mempunyai peguam.

Leftenan Jeneral Fahad hanya mengambil alih operasi perang di Yaman pada Februari 2018.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai komander pasukan payung terjun dan pasukan khas serta mengawasi angkatan darat Arab Saudi.-Bernama

Continue Reading

Previous: Trump tetap haramkan TikTok
Next: Ishiba calon terbaik ganti Abe

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.