Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidilharam
  • GLOBAL

Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidilharam

Utusan Sarawak 2 months ago

Jumlah hidangan iftar yang disediakan kepada jemaah umrah dan pengunjung masjid pada tahun ini meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah. Gambar AFP

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Arab Saudi telah melaksanakan piawaian pemeriksaan ketat terhadap hidangan iftar yang disediakan di Masjidilharam, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Piawaian itu termasuk pemeriksaan visual, memastikan penyimpanan selamat daripada pencemaran, pengesahan tarikh luput dan ketiadaan bahan tercemar, mengesahkan integriti pembungkusan serta memeriksa ramuan yang rosak.

Kualiti ramuan turut dipantau secara teliti, dengan sampel dihantar ke makmal Masjidilharam untuk analisis menyeluruh.

Makmal yang beroperasi di bawah seliaan pihak berkuasa itu menjalankan ujian mikrobiologi dan kimia bagi memastikan kesihatan serta keselamatan jemaah. 

Menurut SPA, langkah itu mencerminkan komitmen pihak berkuasa untuk menjaga kesihatan awam serta memastikan keselesaan dan kesejahteraan semua pengunjung Masjidilharam. – BERNAMA-SPA 

Continue Reading

Previous: Wartawan Indonesia terima ancaman ‘aneh’, polis laksana siasatan
Next: 50,021 rakyat Palestin kini terkorban sejak 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.