Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi kenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit haji
  • GLOBAL

Arab Saudi kenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit haji

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR fail Saudi Press Agency.

JEDDAH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan kini dilaksanakan terhadap individu yang melaksanakan ibadah haji, memasuki atau menetap di Mekah dan kawasan Tanah Suci tanpa permit yang sah.

Jurucakap kementerian, Kolonel Talal bin Shalhoub berkata sesiapa yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 riyal Saudi (SAR).

“Individu yang membantu pelanggaran ini, termasuk memohon visa bagi pihak lain, menyediakan pengangkutan, penempatan, menyembunyikan atau memberikan sebarang bentuk bantuan, boleh dikenakan denda sehingga SAR100,000,” katanya semasa sesi Persidangan Komunikasi Digital.

Beliau menegaskan bahawa denda dikenakan bagi setiap pelanggaran individu.

Pelawat yang tinggal melebihi tempoh sah serta cuba menunaikan haji tanpa permit akan dihantar pulang serta diharamkan daripada memasuki negara itu selama 10 tahun.

Kolonel Talal turut memberi amaran mengenai penipuan berkaitan perkhidmatan haji seperti penginapan palsu, pengangkutan, penyediaan haiwan korban dan penggunaan gelang haji tiruan.

Beliau turut memaklumkan mengenai pelaksanaan inisiatif ‘Makkah Route’ di bawah Program Pengalaman Haji, sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030.

Inisiatif itu kini beroperasi di 11 lapangan terbang di tujuh negara, dan sejak pelancarannya pada 1438 Hijrah (2017), ia memberi kemudahan kepada 940,657 jemaah haji. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapan maut, dinding kuil runtuh di India
Next: UNICEF puji bantuan gempa bumi Malaysia kepada Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.