BEKAS pemain tengah Jerman dan Chelsea, Marko Marin meledak satu-satunya gol perlawanan untuk membantu Al Ahli dari Arab Saudi mengalahkan Al Shorta dari Iraq untuk menjadi pasukan pertama yang layak ke fasa kalah mati Liga Juara-Juara AFC semalam.
Kejohanan, yang disambung semula setelah hampir tujuh bulan setelah wabak Covid-19 , dilangsungkan di ibukota Qatar yang mana penonton dilarang hadir dan pemain dan pegawai menjalani ujian berkala di bawah protokol kesihatan yang ketat.
Naib juara dua kali Al Ahli mara ke pusingan kedua setelah Al Wahda dari UAE dianggap menarik diri daripada Kumpulan A kerana gagal melakukan perjalanan ke Qatar berikutan beberapa ujian positif Covid-19 dalam skuad.
Itu bermakna pasukan Saudi hanya perlu memperoleh tiga mata untuk menjamin kedudukan dua teratas dalam kumpulan tiga pasukan dan jaringan Marin pada minit ke-87 setelah menerima hantaran Abdulrahman Ghareeb memastikan kemenagan di Stadium Antarabangsa Khalifa.
Dalam perlawanan awal lain, pemain gantian Harib Abdallah menjaringkan gol solo yang cemerlang ketika Shabab Al Ahli dari UAE mengalahkan Shahr Khodro dari Iran 1-0 untuk melebarkanmata dalam Kumpulan B.
Kedua-dua pasukan mengalami tekanan setelah tewas dua perlawanan pembukaan mereka sebelum ini.
Dalam satu lagi perlawanan juara bertahan Asia, Al Hilal dari Arab Saudi mengalahkan pasukan gergasi Uzbekistan, Pakakor 2-1.
Sebastian Giovinco dari Itali meletakkan Al Hial di depan dalam masa kecederaan separuh pertama namun penyerang kelahiran Switzerland, Pakakor, Erin Derdiyok menyamakan kedudukan pada minit ke-70 setelah dia ditinggalkan tanpa dikawal di kawasan penalti.
Perlawanan itu kelihatan seperti berakhir dengan keputusan seri tetapi pemain tengah Arab Saudi, Hattan Bahebri mengesahkan kemenangan ketiga Al Hilal dalam tiga perlawanan dengan percubaan kencang pada minit ketujuh masa kecederaan babak kedua. – AFP