Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi beri amaran denda, usir, larangan masuk 10 tahun terhadap pelanggar permit haji
  • GLOBAL

Arab Saudi beri amaran denda, usir, larangan masuk 10 tahun terhadap pelanggar permit haji

Utusan Sarawak 9 hours ago

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa ekspatriat yang melanggar syarat mendapatkan permit haji akan dikenakan denda SAR20,000 (RM21,000), diusir keluar serta dikenakan larangan memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

Ia menegaskan bahawa mendapatkan permit haji rasmi merupakan syarat asas untuk menunaikan ibadah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu menggesa semua pihak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi musim haji 1447H/2026M serta bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji. Ia turut memaklumkan bahawa pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Selain itu, kementerian berkenaan menyeru orang ramai melaporkan pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur, serta 999 di seluruh wilayah lain di negara itu.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: LinkedIn berdepan aduan berhubung penjualan data pengguna
Next: Elon Musk bayar AS$1.5 juta selesaikan kes pengambilalihan Twitter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.