Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM tangkap ular sawa masuk reban ayam
  • Utara
  • WILAYAH

APM tangkap ular sawa masuk reban ayam

Utusan Sarawak 3 months ago

LAWAS: Kelibat seekor ular sawa batik berukuran tiga meter panjang telah mengejutkan seorang penduduk di Kampung Belangsat Lawas.

Kehadiran reptilia itu disedari pemilik reban ayam tersebut ketika ingin membuka pintu reban ternakannya sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (AM) Daerah Lawas, kelmarin.

APM Lawas melalui perkongsian di platform media sosial rasminya berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas  menerima panggilan daripada orang awam.

“Pengadu melaporkan terdapat seekor ular berada di dalam sangkar ayam.

“Setiba di lokasi, anggota kita mendapati sejenis ular sawa sepanjang tiga meter berada di dalam sangkar ayam dan ular sawa itu berjaya ditangkap dengan menggunakan teknik menyepit,” katanya.

Katanya, keadaan selamat, terkawal dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang penugasan dijalankan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat kawasan rendah berisiko banjir dikenal pasti
Next: Dua ekor buaya besar muncul setelah paras air naik, berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.