Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok selamatkan anak anjing terperangkap dalam lubang tanah
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok selamatkan anak anjing terperangkap dalam lubang tanah

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam sebuah lubang tanah di Kampung Sungai Itop, semalam. Foto APM Saratok

​SARATOK: Keprihatinan anggota keselamatan terhadap nyawa haiwan terbukti apabila sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok berjaya menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam sebuah lubang tanah di Kampung Sungai Itop, semalam.

​Kejadian yang berlaku pada awal pagi itu disedari oleh seorang penduduk, yang dikenali sebagai Suriati, yang kemudiannya bertindak menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok pada 10.56 pagi bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

​Menurut kenyataan media APM Saratok, seramai tiga anggota Skuad Alpha dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat operasi dengan menggunakan kenderaan logistik dan peralatan khas.

​Setibanya di lokasi pada 11.38 pagi, anggota bertugas mendapati seekor anak anjing berada di dalam lubang tanah di kawasan kebun milik pengadu dan berada dalam keadaan sukar untuk keluar dengan sendiri.

​Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBT Holleyness Alek bersama dua anggota lain dilakukan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan terhadap haiwan tersebut mahupun anggota yang bertugas.

​Dengan menggunakan teknik menjerut dan peralatan keselamatan yang lengkap, anak anjing tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh kurang daripada 20 minit.

​Operasi tamat sepenuhnya pada 11.55 pagi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: SAR Law Ching Sing masuk hari ketiga, teknologi dron digunakan perluas pencarian
Next: APM Saratok tangkap ular sawa batik di bengkel bot Kampung Bunga Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.