Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok dedah teknik CPR, rawatan tercekik dan pengendalian haiwan berbisa
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Saratok dedah teknik CPR, rawatan tercekik dan pengendalian haiwan berbisa

Utusan Sarawak 23 hours ago
APM Daerah Saratok telah dijemput bagi mengendalikan slot perkongsian ilmu dalam Program Sahabat Maritim 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, kelmarin. Foto: APM Saratok

​KABONG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah dijemput bagi mengendalikan slot perkongsian ilmu dalam Program Sahabat Maritim 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, di sini kelmarin.

​Program yang berlangsung dengan jayanya itu telah berjaya menghimpunkan seramai 103 orang peserta yang terdiri daripada komuniti maritim dan masyarakat setempat.

​Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, penglibatan APM dalam program berkenaan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan keselamatan diri dan komuniti.

APM Daerah Saratok telah dijemput bagi mengendalikan slot perkongsian ilmu dalam Program Sahabat Maritim 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, kelmarin. Foto: APM Saratok

​Menurut beliau, pendedahan awal mengenai ilmu pertolongan cemas amat penting bagi memastikan masyarakat mempunyai pengetahuan asas untuk bertindak dalam situasi kecemasan sebelum bantuan pakar tiba.

​Sepanjang program tersebut berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul teori dan praktikal yang dikendalikan sepenuhnya oleh anggota APM Daerah Saratok yang berpengalaman.

​Antara pengisian utama program termasuklah sesi pengenalan mengenai fungsi dan peranan APM dalam mendepani bencana serta khidmat kemasyarakatan.

APM Daerah Saratok telah dijemput bagi mengendalikan slot perkongsian ilmu dalam Program Sahabat Maritim 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, kelmarin. Foto: APM Saratok

​Selain itu, para peserta turut diajar kaedah menyelamat nyawa melalui modul resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali sebagai ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR).

​Modul pengurusan mangsa tercekik dan teknik menyelamat kecemasan yang betul turut dikongsikan bagi memberikan kemahiran praktikal kepada setiap peserta yang hadir.

APM Daerah Saratok telah dijemput bagi mengendalikan slot perkongsian ilmu dalam Program Sahabat Maritim 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup Pantai Tanjung Kembang, kelmarin. Foto: APM Saratok

​Bukan itu sahaja, slot yang turut mencuri tumpuan ramai adalah modul pengendalian haiwan berbisa, di mana peserta diajar langkah keselamatan sekiranya berhadapan dengan ancaman reptilia seperti ular.

​Pihak APM Daerah Saratok dalam pada itu merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan tersebut serta memuji komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang program berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap mohon penggantian paip lama atasi masalah tekanan air rendah di Jalan Sungai Tapang
Next: Sarawak kukuhkan grid air selatan hadapi lonjakan permintaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.