

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu menerima dua laporan banjir, hari ini.
Pegawai APM Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata laporan pertama adalah di Jalan Gerunggang, Engkilili, yang terjejas banjir setinggi 0.38 meter.
“Hasil pemantauan anggota APM sekitar 11.00 pagi mendapati kawasan sekitar Jalan Gerunggang dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Menurut maklumat orang awam ketika ditemui, paras air mula melimpahi jalan terbabit pada jam 11.47 malam semalam.
“Paras air melimpah ke jalan dan meningkat hingga 0.38 meter bagaimanapun dijangka akan surut jika tidak berlaku hujan berterusan. Air yang meningkat disebabkan keadaan parit yang tersumbat dengan pelepah sawit dan hujan yang berterusan dari malam hingga ke pagi tadi.
“Jalan ini juga digunakan beberapa penduduk kampung antaranya Rumah Panjang Gerunggang dan Rumah Panjang Tabau. Penduduk kampung juga dapat menggunakan jalan alternatif lain yang masih boleh digunakan,” katanya.
Selain itu, Desem menyatakan bahawa pihaknya turut menerima laporan banjir di kawasan Mepi Pasir, Batang Ai Lubok Antu.


“Hasil pemantauan pada 11.45 pagi, didapati kawasan sekitar jambatan Jalan Mepi Pasir dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Menurut orang awam, paras air mula melimpahi jalan pada 10.48 pagi dengan air melimpah ke jalan dan berketinggian 0.08 meter.
“Banjir adalah disebabkan keadaan hujan berterusan dari malam hingga pagi tadi serta faktor sistem perparitan yang tersumbat,” katanya.
Pada masa sama, Desem juga menggesa orang ramai untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lubok Antu di talian 083-584639 jika berlaku sebarang bencana.
Oleh Adi Safarman

RM68 juta perkukuh hubungan Batu Besai, Panggau, Melugu dan Pakit
SIMANGGANG: Projek pembinaan jalan Batu Besai–Panggau–Melugu–Pakit bernilai RM68 juta bakal menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh jaringan perhubungan dan meningkatkan akses

Kuas Iban Balau jadi simbol pemerkasaan wanita, warisan terus dipelihara
BETONG: Mahkota bukan sekadar lambang pencapaian, sebaliknya menjadi platform untuk memberi manfaat kepada masyarakat apabila Mrs National World Malaysia 2026,

Polis cari waris wanita ditemui di Tabuan Jaya
KUCHING: Polis sedang mengesan waris atau ahli keluarga seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an yang ditemui di sekitar Tabuan Jaya.

Sumbangan pemimpin terdahulu terus jadi asas pembangunan Bintulu
BINTULU: Sumbangan pemimpin masyarakat terdahulu dalam pembangunan Bintulu perlu terus dihargai dan dijadikan teladan oleh generasi muda. Ahli Dewan Undangan

