APM musnahkan sarang penyengat di ICQS Tedungan

Facebook
WhatsApp
MUSNAH SARANG… Anggota APM Limbang memusnahkan sarang penyengat berhampiran ICQS Tedungan, hari ini. Foto APM Limbang

LIMBANG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang memusnahkan sarang penyengat berhampiran kuarters Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tedungan, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, pasukan anggota yang diketuai Lans Koperal (PA) Amirul Matusin bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang sebaik menerima panggilan kecemasan pad 10.15 pagi.

MUSNAH SARANG… Anggota APM Limbang memusnahkan sarang penyengat berhampiran ICQS Tedungan, hari ini. Foto APM Limbang

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan membuat tinjauan dan mendapati terdapat tiga sarang penyengat anting-anting sebesar botol mineral di atas pokok mangga.

“Sarang penyengat itu berjaya dimusnahkan dengan kaedah pembakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan pada 12.00 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Oleh Adeng Edrus