Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM musnah tebuan bersarang atas siling rumah
  • Utara
  • WILAYAH

APM musnah tebuan bersarang atas siling rumah

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SARANG TEBUAN… Anggota APM berjaya mengeluar dan memusnahkan sarang tebuan sebesar tayar kancil di siling sebuah rumah di Limbang.


LIMBANG: Seorang penduduk dikejutkan dengan bunyi dengungan dan gangguan dari siling rumahnya sebelum menyedari terdapat sarang tebuan bersaiz besar di bahagian tersebut.

Insiden yang berlaku sekitar 6.00 petang semalam (Rabu) itu mendorong mangsa segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang untuk bantuan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun, berkata sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Mohd Arif Midun segera dikerahkan ke lokasi kejadian di Kampung Limpaong sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.27 petang.

“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang menerima panggilan berkaitan kes pemusnahan sarang serangga (MSS) di sebuah rumah terletak kira-kira tiga kilometer dari PKOD,” katanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi, anggota APM bertemu dengan pengadu untuk mengenal pasti lokasi sarang tebuan yang terletak di atas siling rumah.

“Sarang tebuan sebesar tayar Kancil berjaya dimusnahkan menggunakan kaedah pembakaran dan semburan racun serangga,” ujarnya kepada media hari ini.

Operasi yang mengambil masa lebih sejam itu turut berdepan cabaran apabila kumpulan tebuan bertindak agresif terhadap pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya dan ditamatkan pada 8.15 malam selepas memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga PPS kekalkan kemeriahan, anjur majlis sambutan hari raya
Next: Tujuh JKKK di Sibu terima peruntukan khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.