APM Limbang bantu remaja perempuan terlibat kemalangan motosikal

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANGGOTA APM membantu seorang remaja perempuan yang cedera selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di simpang Taman Damai, Limbang, petang semalam. Foto APM Limbang

LIMBANG: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera selepas motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di simpang Taman Damai, petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Jumaat Akasas, berkata sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4.00 petang.

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan motosikal sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Foto APM Limbang

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahu kiri, sakit pada kaki kanan serta luka pada jari kelingking kaki.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh Adeng Edrus