Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM guna 30 minit lancarkan semula aliran lalu lintas trafik
  • Tengah
  • WILAYAH

APM guna 30 minit lancarkan semula aliran lalu lintas trafik

Utusan Sarawak 7 months ago
KHIDMAT KHAS… Petugas APM Daerah Sri Aman sedang memotong pokok yang tumbang di jalan menuju penempatan Sungai Besai, Punggu di Pantu, malam tadi.

PANTU: Angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan sebatang pokok berukuran 30 meter panjang tumbang di jalan menuju ke penempatan Kampung Sungai Besai, Punggu di sini, malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman, Leftenan (PA) Kamal Bujang berkata kejadian itu sekali gus mengganggu aliran lalu lintas trafik di kawasan berkenaan.

“Pihak kami segera mengerah seramai empat petugas APM ke penempatan Kampung Sungai Besai, Punggu sebaik sahaja menerima aduan mengenai kejadian pokok tumbang di situ.

“Kesemua petugas bertindak segera memotong dan mengalih serpihan pokok berkenaan sebelum lalu lintas trafik kembali pulih kira-kira 30 minit kemudian.

“Orang ramai di Sri Aman termasuk Pantu boleh menghubungi kami di talian 083-320973 sekiranya berlaku kejadian pokok tumbang dalam kawasan penempayan mereka untuk tindakan lanjut.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihat pemilik kenderaan agar berhati-hati memandu di kawasan berdekatan pokok ketika berlangsung cuaca buruk,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 74 individu dalam Persatuan Clan Cheng Bahagian Sri Aman angkat sumpah
Next: SMK Lawas akan dapat peruntukan tambahan dalam masa terdekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.