Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM bantu wanita cedera melecur
  • Selatan
  • WILAYAH

APM bantu wanita cedera melecur

Utusan Sarawak 5 months ago
KHIDMAT KHAS… Petugas APM sedang mengendali seorang mangsa kes kecederaan lecur dari Kampung Empit di Klinik Kesihatan Lubok Antu, pagi tadi.

LUBOK ANTU: Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah bergegas ke Kampung Empit dekat sini bagi membantu seorang wanita yang mengalami kecederaan melecur di kediamannya, awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lubok Antu, Leftenan (PA) Desem Samuel berkata, mangsa yang mengalami kecederaan melecur berkenaan dikenali sebagai Mairi Nitah Badong, 44 tahun.

“Pihak kami telah menerima panggilan daripada seorang pengadu iaitu Zuinidi Aji pada 7.13 pagi, melaporkan ibunya sedang terbaring kesakitan di lantai dan mengalami luka lecur.

“Bertindak atas panggilan, pihak kami segera mengerah seramai tiga anggota My Aspa-O Charlie ke kampung berkenaan untuk memberi bantuan awal kepada mangsa,” kata beliau.

Setibanya di lokasi, para anggota APM kata Desem mendapati bahawa mangsa berkenaan telah mengalami kecederaan lecur pada bahagian kedua belah tangan dan perut dan segera diberi bantuan awal.

Mangsa wanita berkenaan, katanya, segera diusung ke ambulans APM dan dihantar ke Klinik Kesihatan Lubok Antu untuk menerima rawatan lanjut daripada petugas perubatan di situ.

“Justeru, orang ramai di kawasan ini boleh menghubungi kami di talian 083-584639 atau talian kecemasan 999 jika mahu melaporkan kes kecemasan yang berlaku di kediaman masing-masing,” kata Desem.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 33 guru terima pentauliahan BSMM sebagai jurulatih
Next: Aktifkan pasukan petugas banjir tingkat kesiapsiagaan depani bencana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.