Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Api daripada runtuhan Hiroshima akan dibawa ke Pearl Harbor
  • GLOBAL

Api daripada runtuhan Hiroshima akan dibawa ke Pearl Harbor

Utusan Sarawak 6 hours ago
“API keamanan” yang telah disimpan dalam keadaan menyala di Yame, Prefektur Fukuoka.

FUKUOKA: Api simbolik yang masih menyala sejak pengeboman atom oleh Amerika Syarikat (AS) pada 1945 di Hiroshima akan diletakkan di sebuah tugu peringatan di Pearl Harbor, Hawaii, pada satu majlis bulan depan, ahli keluarga mangsa bom atom itu, baru-baru ini mendedahkan, lapor Kyodo News. 

Rancangan untuk membahagikan “api keamanan” itu dan membawanya ke tapak yang berkaitan dengan serangan Pearl Harbor 1941 telah dicadangkan oleh kerabat Sadako Sasaki dalam usaha untuk memupuk keamanan yang berkekalan antara Jepun dan AS.

Sasaki meninggal dunia pada usia 12 tahun akibat leukemia berpunca daripada sinaran radioaktif bom berkenaan sedekad selepas pengeboman di bandar barat Jepun itu.

Nyalaan api itu akan diangkut dalam bekas khas dengan pesawat Japan Airlines Co. menandakan kali pertama dalam sejarah orang awam mengangkut api dengan cara tersebut. Sebelum ini syarikat penerbangan itu pernah mengangkut api untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Upacara memperingati Pearl Harbor dijadualkan pada 24 Mei, dengan peserta termasuk keturunan bekas Presiden AS Harry Truman, yang mengarahkan pengeboman atom Jepun, dan Perdana Menteri Jepun semasa perang itu, Hideki Tojo.

“Api keamanan” yang telah disimpan dalam keadaan menyala di Yame, Prefektur Fukuoka, dikatakan telah diambil oleh Tatsuo Yamamoto daripada runtuhan Hiroshima yang terbakar.

Yamamoto, yang meninggal dunia pada 2004 pada usia 88 tahun, telah menyimpan api itu terus menyala di rumahnya sebelum ia dipindahkan ke menara keamanan di Yame pada 1968.

Sekitar lima tahun yang lepas, anak saudara Sasaki, Yuji Sasaki, mengetahui tentang “api keamanan” tersebut dan memulakan rancangan untuk membawa api itu ke Pearl Harbour.

“Ini akan menjadi peluang yang penting untuk menyelesaikan isu antara Jepun dan AS,” kata Masahiro Sasaki, abang kepada Sadako, yang juga mangsa bom atom.

Kisah Sadako, yang menghasilkan kira-kira 1,000 burung bangau kertas dengan harapan sembuh daripada penyakitnya, diinspirasikan daripada legenda Jepun bahawa hajat akan dikabulkan dengan menghasilkan lipatan itu, telah mengilhamkan banyak pergerakan dan projek berkaitan keamanan – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Suspek insiden tembak di Rumah Putih dalam tahanan
Next: Paus kelasa terdampar di perairan Jerman akan ditarik ke Laut Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.