Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Paus kelasa terdampar di perairan Jerman akan ditarik ke Laut Utara
  • GLOBAL

Paus kelasa terdampar di perairan Jerman akan ditarik ke Laut Utara

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEEKOR paus kelasa terdampar di Pulau Poel di Laut Baltik. Foto: AFP

WISMAR: Seekor paus kelasa yang terdampar di Pulau Poel di Laut Baltik dijangka ditarik ke Laut Utara menggunakan tongkang dalam operasi yang mengambil masa beberapa hari, menurut penganjur inisiatif itu hari ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Felix Bohnsack, ketua teknikal inisiatif persendirian itu, berkata paus berkenaan boleh diangkut kira-kira tiga setengah hari melepasi Fehmarn ke perairan berhampiran Skagen, sejauh lebih 400 kilometer.

Keadaan mamalia itu akan dinilai semula. Pihak berkuasa di negeri timur laut Jerman Mecklenburg-Vorpommern telah membenarkan rancangan itu diteruskan, kata Menteri Alam Sekitar wilayah Till Backhaus, sambil menambah bahawa tanggungjawab terletak pada penganjur.

Doktor haiwan terlibat percaya haiwan itu sesuai untuk dtarik dan mengikut rancangan, paus jantan seberat 12 tan tersebut akan ditarik menggunakan tongkang.

Bot berkenaan, yang kini berhampiran Hamburg, dijangka tiba dari Poel hari ini dan bersedia untuk operasi, dijangka bermula antara Selasa dan Rabu, menurut penganjur.

Jika ikan paus itu berenang jauh atau tidak boleh dimuatkan, alat pengesan yang dipasang pada haiwan tersebut akan membantu memantau kedudukannya, walaupun pegawai menyatakan peranti berkenaan tidak berfungsi di dalam air, menimbulkan risiko jika ikan paus menyelam. Penyelesaian isu itu sedang diusahakan, kata Backhaus.

Pasukan juga telah menggunakan penghadang yang dipenuhi pasir untuk menghalang ikan paus itu daripada bergerak lebih jauh ke perairan cetek apabila paras air meningkat.

Haiwan berkenaan kali pertama dilihat di Laut Baltik pada awal Mac dan telah menghabiskan banyak masa di kawasan cetek, kemungkinan disebabkan oleh penyakit. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Api daripada runtuhan Hiroshima akan dibawa ke Pearl Harbor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.