Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Suspek insiden tembak di Rumah Putih dalam tahanan
  • GLOBAL

Suspek insiden tembak di Rumah Putih dalam tahanan

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEORANG Marsyal Amerika Syarikat menuruni tangga ke tingkat di atas lokasi di mana suspek penembak dipercayai ditahan selepas tembakan dilepaskan semasa Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Rumah Putih di Washington Hilton, Washington, DC, pada malam Sabtu waktu tempatan. Tembakan dilepaskan ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghadiri majlis media di Washington pada malam Sabtu, dengan suspek ditahan di kawasan pemeriksaan di luar dewan hotel tempat ratusan tetamu berkumpul. Foto AFP

WASHINGTON: Seorang individu telah ditahan susulan insiden tembakan pada majlis makan malam wartawan Rumah Putih di Washington, DC, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA).

 “Malam yang agak luar biasa di DC. Perkhidmatan Rahsia dan penguat kuasa melakukan kerja yang hebat. Mereka bertindak pantas dan berani. Penembak telah ditangkap,” menurut Trump pada platform Truth Social beliau.

Kenyataan itu dibuat selepas presiden dan isteri, Melania Trump, dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton susulan insiden berkaitan keselamatan.

Dalam hantaran berasingan, Trump berkata Wanita Pertama, Naib Presiden JD Vance dan semua anggota Kabinet, “dalam keadaan baik.” “Kami akan bercakap dengan anda dalam masa setengah jam. Saya telah bercakap dengan semua wakil yang bertanggungjawab bagi acara itu, dan kami akan menjadualkan semula majlis dalam masa 30 hari,” tambahnya.

Menurut Perkhidmatan Rahsia seorang individu berada dalam tahanan. “Keadaan mereka yang terlibat belum diketahui, dan pihak berkuasa sedang giat menilai situasi,” katanya.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Trump dibawa keluar daripada majlis makan malam Rumah Putih kerana insiden keselamatan
Next: Api daripada runtuhan Hiroshima akan dibawa ke Pearl Harbor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.