Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Anwar berunding dengan pemimpin Myanmar berhubung bantuan susulan gempa bumi
  • SEMASA

Anwar berunding dengan pemimpin Myanmar berhubung bantuan susulan gempa bumi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suriya Juangroongruangkit (dua, kiri) sempena lawatan kerja ke Bangkok, Thailand, di Terminal Udara Tentera 2, semalam. FotoBERNAMA

BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di sini bagi membincangkan usaha untuk memulihkan negara itu susulan bencana gempa bumi pada 28 Mac lepas.

Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Thailand, berkata beliau dan Min Aung Hlaing berbincang mengenai keperluan kemanusiaan rakyat Myanmar.

“Petang tadi, saya telah bertemu dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

“Dalam pertemuan lebih satu jam ini, kami berbincang secara terbuka dan konstruktif dengan tumpuan kepada keperluan mendesak untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan, termasuk penempatan segera sebuah hospital medan.

Kami turut menyentuh kepentingan mengembalikan Myanmar kepada keadaan sediakala demi kestabilan dan keselamatan rakyatnya,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra turut menghadiri pertemuan itu yang berlangsung lebih sejam dan bermula pada 3.30 petang.

Anwar turut menyambut baik langkah-langkah awal untuk meredakan ketegangan termasuk pembebasan 4,800 tahanan, malam kelmarin.

“Tindakan sebegini memberi isyarat yang cukup bermakna. Kita mesti terus menggalakkan semua pihak untuk berunding secara serius demi kestabilan Myanmar dan kesejahteraan rakyatnya,” kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata beliau akan bertemu dengan wakil-wakil Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar pagi esok.

Dilaporkan bahawa ketua kerajaan tentera Myanmar memberikan pengampunan kepada hampir 4,900 banduan sempena sambutan Tahun Baharu tradisional negara itu, lapor media kerajaan pada Khamis.

Sebuah badan pemerhati bebas menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 22 daripada mereka yang dibebaskan adalah tahanan politik.

Untuk rekod, Pasukan Khas Bantuan dan Menyelamat Bencana Malaysia (SMART) berlepas ke Naypyidaw, pada 30 Mac lepas dua hari selepas gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 skala Richter melanda Myanmar.

Pasukan itu menjalankan misi bantuan kemanusiaan dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jurang maklumat perlu dirapatkan bagi pembangunan inklusif
Next: Video AI palsu cetus kontroversi politik, pemimpin kecam penyalahgunaan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.