
BINTANGOR: Seekor anjing tersepit dalam stor di Jalan Narasit, Tulai berjaya diselamatkan oleh pihak bomba, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 4.29 petang.
“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi, Mijan Pamin bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor anjing tersepit di dalam stor,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Tambahnya, pasukan bomba berusaha mengeluarkan anjing tersebut hingga berjaya.
“Operasi mengeluarkan anjing tersepit selesai dalam tempoh lebih kurang 38 minit.
“Khidmat khas menyelamatkan anjing tersebut selesai sepenuhnya pada 5.35 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek