Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anjing pengesan bantu SAR hari kedua, jejak Jackson Bar Runi
  • Selatan
  • WILAYAH

Anjing pengesan bantu SAR hari kedua, jejak Jackson Bar Runi

Utusan Sarawak 6 months ago
SAR diteruskan pada hari kedua mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, hari ini.

SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar dari Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, Rabu lalu yang memasuki hari kedua, diteruskan pagi tadi dibantu pelbagai agensi keselamatan serta penduduk kampung.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pencarian mangsa yang dikenali Jackson Bar Runi, berasal dari Rumah Sekot, Sebangkoi Undop masih belum menemui sebarang petunjuk dan SAR memasuki hari kedua hari ini diteruskan dengan memfokuskan mencari kesan jejak mangsa.

“SAR yang telah memasuki hari kedua hari imi masih lagi gagal menemukan sebarang petunjuk penemuan mangsa.

“Pencarian pada hari diteruskan dengan lokasi bertumpu di kawasan sekitar beradius tiga kilometer (km) yang turut memfokuskan sekitar kawasan sungai dan juga darat,” katanya.

Muhammad Rais berkata operasi pencarian pada hari ini dimulakan dengan radius awal pencarian di sekitar kawasan Loji Rawatan Air Melugu dan kawasan sekitar tebing sungai sepanjang 3 km.

“SAR pada hari ini, turut dibantu oleh dua ekor ‘anjing Daisy’ dari Unit K9 Bomba, selain bantuan lima anggota bomba, lima anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), tiga anggota RELA, 11 anggota Immune Belt Enforcement Team (IBET) dan tujuh penduduk kampung,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian Rabu lalu lebih kurang 10.00 pagi bertempat di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, mangsa dilaporkan telah keluar rumah dan tidak memberitahu kepada ahli keluarga kemana beliau pergi.

Difahamkan, mangsa menghidapi penyakit sawan. Pakaian semasa mangsa semasa keluar rumah menggunakan baju-T berwarna putih.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lembaga Pelawat Hospital Sibu serah sumbangan 400 kerusi, 80 kipas siling
Next: Operasi hari kedua pencarian Niang Lasa tiada petunjuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.