Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anjing liar berkeliaran
  • TEMPATAN

Anjing liar berkeliaran

Utusan Sarawak 5 years ago
KOTOR… Seekor anjing liar menyelongkar tong sampah di Kampung Cina sehingga menyebabkan sampah bertaburan.

MARUDI : Penduduk di Kampung Cina di sini kini berhadapan dengan masalah gangguan anjing liar yang kerap datang berkeliaran.

Kehadiran anjing liar di Kampung Cina itu merimaskan penduduk selain menimbulkan ancaman keselamatan kepada penduduk.

Malah, anjing liar berkenaan yang berkeliaran di kawasan kediaman penduduk turut bertindak menyelongkar  tong sampah.

Ini menyebabkan sampah sarap berselerak dan mengotorkan kawasan kediaman penduduk di situ.

Ada ketikanya anjing-anjing tersebut mengancam keselamatan penduduk kampung yang turun ke pasar berdekatan pada waktu pagi apabila bertindak agresif mengejar penduduk yang menunggang motosikal.

Masalah gangguan anjing liar di kawasan kampung berkenaan sudah lama berlarutan dan perlu diberi perhatian pihak bertaggungjawab.

Salah seorang penduduk yang sudah lama menyewa rumah di kampung ini berharap pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap anjing-anjing liar ini bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Continue Reading

Previous: Geran Khas BKSS 3.0 disambut baik peniaga
Next: Belukar seekar terbakarSempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.