Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka kematian Taufan Otis meningkat kepada 43 orang
  • GLOBAL

Angka kematian Taufan Otis meningkat kepada 43 orang

Utusan Sarawak 2 years ago
KEADAAN sekitar Acapulco, Mexico selepas dilanda taufan Otis. FotoAFP

MEXICO CITY: Angka kematian akibat Taufan Otis di Guerrero, selatan Mexico meningkat kepada 43 orang dengan 36 lagi masih hilang, kata Gabenor Guerrero Evelyn Salgado, semalam, lapor Xinhua. 

Otis, ribut kategori lima membadai pantai Pasifik di Guerrero pada Rabu menyebabkan kerosakan teruk terutamanya kawasan di pantai Acapulco, satu daripada destinasi pelancongan utama Mexico.

Sementara itu, Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata Suruhanjaya Elektrik Persekutuan membaik pulih 3,211 tiang elektrik daripada 10,000 yang tumbang di pelabuhan Acapulco sahaja.

Beliau menjangkakan bekalan elektrik di Acapulco akan pulih sepenuhnya menjelang malam Isnin. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Bayi antara 12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Next: Semenangjung Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak akibat pengeboman Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.