
LIMBANG: Bumbung Klinik Kesihatan Kuala Mendalam di sini mengalami kerosakan susulan kejadian ribut dan angin kencang yang melanda kawasan Ulu Medamit pada Jumaat.
Difahamkan, insiden yang berlaku sekitar 4.00 petang itu menjejaskan beberapa bahagian premis, termasuk bilik farmasi serta ruang menunggu klinik berkenaan.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan dilaporkan dan kejadian hanya melibatkan kerosakan struktur serta fizikal bangunan klinik terbabit.
Klinik Kesihatan Kuala Mendalam terletak sekitar 60 kilometer dari pusat bandar.
Oleh Adeng Edrus