Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anggota terhad, komuniti disaran bekerjasama bersihkan kawasan terjejas banjir  
  • Utara
  • WILAYAH

Anggota terhad, komuniti disaran bekerjasama bersihkan kawasan terjejas banjir  

Utusan Sarawak 3 months ago

MIRI: Komuniti di sini disaran untuk bekerjasama membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, komuniti tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Majlis Bandaraya Miri  untuk membersihkan kawasan yang terjejas kerana jumlah anggota MBM terhad.

“Lebih 300 rumah di Kampung Pujut Adong dan Pujut Tanjung Batu terkesan akibat banjir, menjadikan usaha gotong-royong satu keperluan mendesak untuk memastikan kebersihan dan keselamatan penduduk terjamin.

“Kita tidak boleh bergantung kepada MBM untuk membersihkan banyak sisa dan barangan rosak bertaburan di tepi jalan dan dalam parit selepas banjir surut, sebaliknya  kita turun padang  bersama-sama membersihkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Gotong-royong Bersama Perdana Komuniti, di Balairaya Kampung Pujut Sungai Adong, semalam.

Lebih 400 sukarelawan dan kakitangan dari pelbagai agensi kerajaaan menyertai gotong royong tersebut.

Sebagai langkah penyelesaian, MBM telah menyediakan tong sampah besar bagi memudahkan penduduk membuang sisa dengan lebih teratur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu juga menegaskan bahawa usaha gotong-royong ini tidak akan terhenti di Kampung Pujut Adong dan Pujut Tanjung Batu sahaja.

Program sama akan diperluaskan ke kawasan Desa Senadin, Tudan dan Permyjaya bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembersihan pasca banjir dipergiat di Bintulu
Next: Stok semua jenis darah di paras rendah, mohon orang ramai tampil derma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.