Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Andmesh bakal temui peminat di Sabah Ogos depan
  • HIBURAN

Andmesh bakal temui peminat di Sabah Ogos depan

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANDMESH Kamaleng

KUALA LUMPUR: Penyanyi sohor Indonesia, Andmesh Kamaleng bakal bertemu peminatnya di Sabah bersama-sama dengan artis popular tanah air Adira, Hael Husaini dan Ara Johari pada 9 Ogos depan.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Festival Tentang Cinta yang menggabungkan elemen cinta, muzik dan persembahan bertenaga turut menampilkan Mary Grace dan bintang Indonesian Idol musim ke-10, Ziva Magnolya.

“Adira yang dikenali menerusi vokal hebatnya dan Mary Grace yang mencuri tumpuan ramai dalam dunia hiburan bakal membuktikan bahawa bakat tempatan Sabah terus relevan dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Ziva mula dikenali selepas meraih tempat ketiga Indonesian Idol. Penampilannya yang memukau dengan teknik vokal ‘riffs & runs’ menjadikannya antara peserta paling menonjol pada musim tersebut,” menurut penganjur, Extreme Visionary Venture dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, penerbit konsert Datuk Suhaila Semaru berkata penganjuran festival itu yang mendapat kerjasama Tourism Malaysia, bukan untuk hiburan semata-mata tetapi bakal turut memberi impak kepada industri pelancongan negeri.

“Festival Tentang Cinta ialah sebuah inisiatif yang lahir daripada semangat menyatukan cinta dan muzik dalam satu pengalaman penuh makna. Kami ingin menjadikan Sabah sebagai destinasi hiburan dinamik, selain memperkenalkan bakat-bakat tempatan seperti Adira dan Mary Grace kepada khalayak yang lebih luas.

“Melalui gabungan unsur seni dan kecemerlangan artis tempatan, festival ini menjadi titik tumpuan yang memikat pelancong dari pelbagai rantau termasuk pelawat antarabangsa, serta membantu memberi peluang baharu dalam industri seni dan hiburan Sabah,” katanya.

Tiket berharga RM158 hingga RM988 boleh didapati di www.ticket2u.com.my bermula hari ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tom Cruise di Seoul: Mission: Impossible – The Final Reckoning, kemuncak 30 tahun
Next: Mr Keling Borneo 2025: Bina badan bertemakan budaya Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.