Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ancaman hakisan tebing Seduku-Lingga semakin membimbangkan, tindakan segera diperlukan
  • Selatan
  • WILAYAH

Ancaman hakisan tebing Seduku-Lingga semakin membimbangkan, tindakan segera diperlukan

Utusan Sarawak 24 hours ago
DAYANG Noorazah mengadakan lawatan tapak ke lokasi hakisan tebing di kawasan Seduku–Lingga bagi meninjau sendiri keadaan semasa serta mendapatkan penilaian teknikal daripada agensi berkaitan. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Keadaan hakisan tebing di kawasan Seduku–Lingga yang semakin menghampiri jalan utama memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan risiko terhadap keselamatan pengguna jalan raya serta kerosakan infrastruktur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, lawatan tapak yang diadakan bersama Pusat Khidmat DUN N.28 Lingga bertujuan meninjau sendiri keadaan semasa di lokasi hakisan selain mendapatkan penilaian teknikal daripada agensi berkaitan bagi menentukan tindakan susulan yang sesuai.

Menurutnya, lawatan itu turut disertai wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sri Aman serta Pejabat Daerah Lingga.

Katanya, penyertaan semua agensi terbabit membolehkan penilaian menyeluruh dilakukan terhadap tahap hakisan, selain mengenal pasti keutamaan tindakan dan membincangkan cadangan penyelesaian yang bersesuaian.

DAYANG Noorazah mengadakan lawatan tapak ke lokasi hakisan tebing di kawasan Seduku–Lingga bagi meninjau sendiri keadaan semasa serta mendapatkan penilaian teknikal daripada agensi berkaitan. Foto ADUN Lingga

“Keadaan hakisan tebing di kawasan ini semakin membimbangkan apabila jarak antara tebing sungai dengan jalan utama Seduku–Lingga dianggarkan hanya tinggal kira-kira 10 meter.

“Jika tidak ditangani segera, keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan tanah secara berperingkat, malah berpotensi mengancam keselamatan pengguna jalan raya serta kestabilan infrastruktur yang menjadi laluan utama penduduk,” katanya.

Beliau berkata, hasil lawatan tersebut mendapati pihak JKR Sarawak bersama perunding telah mengemukakan beberapa cadangan tindakan awal bagi mengurangkan risiko hakisan sementara menunggu pelaksanaan penyelesaian jangka panjang.

Dalam pada itu, JPS Bahagian Sri Aman turut menyediakan rangka kerja bagi memperkukuh struktur tebing sungai sebagai langkah mitigasi untuk mengawal hakisan daripada terus merebak.

KEADAAN hakisan tebing di kawasan Seduku–Lingga. Foto ADUN Lingga

Menurut Dayang Noorazah, cadangan kerja-kerja pengukuhan itu akan dipohon di bawah Peruntukan Bencana bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan demi melindungi kepentingan penduduk setempat.

Beliau berkata, kerjasama erat antara agensi teknikal dan pentadbiran daerah amat penting bagi memastikan setiap isu yang memberi kesan kepada rakyat dapat ditangani secara berkesan.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada JKR Sarawak, JPS Bahagian Sri Aman serta Pejabat Daerah Lingga atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan berkenaan.

Beliau berharap usaha bersepadu semua pihak akan mempercepat pelaksanaan langkah mitigasi dan penyelesaian jangka panjang, sekali gus menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta kesejahteraan masyarakat di kawasan Seduku–Lingga.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus perkukuh infrastruktur pendidikan luar bandar
Next: Usaha perangi dadah perlu komitmen berterusan demi masa depan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.