Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia
  • GLOBAL

Anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia

Utusan Sarawak 7 months ago

Dr Lee Wei Ling

KUALA LUMPUR: Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew, Dr Lee Wei Ling meninggal dunia Rabu pada usia 69 tahun.

Dr Lee juga merupakan adik kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Pemergiannya diumumkan oleh adik lelakinya, Lee Hsien Yang menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata Dr Lee meninggal dunia di rumah, namun punca kematiannya tidak dinyatakan.

“Tiada bunga, sila salurkan sumbangan kepada badan amal berikut yang akan bermakna buat Wei Ling: Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore, Total Well-Being SG Limited,” tulisnya.

Dr Lee pada 2020 mendedahkan bahawa beliau telah disahkan menghidap penyakit “progressive supranuclear palsy”.

Seorang pakar neurologi semasa hayatnya, Dr Lee menyifatkan penyakitnya di Facebook sebagai “penyakit otak yang agak teruk bermula dengan penyakit seperti Parkinson” dan diikuti dengan “kesukaran menelan, radang paru-paru dan kematian – bagi mereka yang bernasib baik.”– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Jan 2025
Next: Laut China Selatan isu utama pertemuan pemimpin ASEAN-China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.