Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Anak masyarakat Penan tidak dipinggir daripada menikmati inisiatif pendidikan percuma
  • PENDIDIKAN

Anak masyarakat Penan tidak dipinggir daripada menikmati inisiatif pendidikan percuma

Utusan Sarawak 8 hours ago
PELBAGAI aktiviti berlangsung sepanjang Project of Dream Realized Roadshow (PRO-DR) 2026 di Lawas yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pendidikan tinggi dan pembangunan kerjaya.

LAWAS: Kerajaan Sarawak terus memastikan semua anak Sarawak, termasuk masyarakat Penan, mendapat manfaat daripada pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang, berkata kawasan beliau mempunyai ramai penduduk daripada masyarakat Penan, khususnya di Long Napir.

Menurut beliau, masyarakat tersebut tidak terkecuali daripada menikmati kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan, termasuk peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi inisiatif pendidikan tinggi percuma.

“Saya berharap anak-anak Penan di kawasan saya, khususnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Napir, dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang pendidikan yang disediakan kerajaan.

“Pada masa ini, kira-kira 80 peratus murid di SK Long Napir terdiri daripada anak-anak masyarakat Penan. Selepas menamatkan pendidikan di sekolah itu, mereka akan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit serta beberapa sekolah menengah lain di Limbang.

“Saya berharap mereka akan terus merebut peluang yang baik ini demi masa depan yang lebih cerah,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Project of Dream Realized Roadshow (PRO-DR) 2026 di Lawas, hari ini.

Program jerayawara PRO-DR 2026 yang melibatkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Daerah Lawas itu mendapat sambutan daripada pelajar empat sekolah menengah di Lawas, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas, SMK Merapok, SMK Sundar dan SMK Trusan.

Paulus berkata, pada masa ini semakin ramai ibu bapa dalam kalangan masyarakat Penan di kawasannya menyedari kepentingan pendidikan sebagai pemangkin untuk mengubah masa depan keluarga dan komuniti mereka.

Sehubungan itu, beliau berharap segala usaha yang dilaksanakan oleh kepimpinan negeri akan melahirkan generasi anak Sarawak yang berilmu, berkemahiran dan mampu mengisi peluang pekerjaan yang semakin berkembang di negeri ini.

Malah, beliau menegaskan tiada anak Sarawak yang dipinggirkan daripada menikmati inisiatif pendidikan percuma, termasuk masyarakat Penan, malah hari ini semakin ramai anak Penan berjaya memperoleh kelulusan di peringkat pengajian tinggi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: RM128,000 geran pendidikan disalur kepada semua sekolah di DUN Kabong
Next: MySeDidik perkukuh transformasi digital pendidikan awal kanak-kanak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.