Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anak buaya berkeliaran di jalan raya
  • TEMPATAN

Anak buaya berkeliaran di jalan raya

Utusan Sarawak 5 years ago
TANGKAP… Sepasukan anggota bomba berusaha menangkap seekor buaya ditemui berkeliaran di jalan raya di Lutong, Miri
semalam.

MIRI: Pengguna jalan raya di Lutong di sini terkejut apabila menemui seekor anak buaya berkeliaran di tengah jalan raya berkenaan,semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.00 malam itu, anak buaya itu dipercayai dari sungai berhampiran sebelum sesat dan berkeliaran di tengah jalan raya sebelum disedari pengguna jalan raya.

Terkejut dengan kehadiran sang bedal itu, pengguna berkenaan segera menghubungi pihak bomba untuk menangkap buaya berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Terry Robson berkata, sepasukan anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima aduan tersebut.

“Setibanya di lokasi, anggota kami mendapati seekor buaya sepanjang lebih satu meter itu masih berada di jalan raya.

“Pasukan kami menggunakan penjerut untuk menangkap buaya tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, buaya tersebut kemudian dilepaskan semula ke sungai berdekatan.

Continue Reading

Previous: Pulut panggang tetap popular ketika PKP
Next: Pondok bas usang ‘menyembah’ bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.