Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ambil situasi benarkan dua orang keluarga keluar
  • TEMPATAN

Ambil situasi benarkan dua orang keluarga keluar

Utusan Sarawak 5 years ago
Safiee Ahmad: ADUN DARO…Safiee Ahmad.

SIBU: Lazimnya setiap keputusan di peringkat Kerajaan Persekutuan akan dibincangkan pada mesyuarat peringkat negeri terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaiannya sebelum diterima pakai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan dua orang ahli keluarga dalam satu kenderaan dipercayai telah mengambil kira pelbagai aspek berdasarkan situasi semasa.

“Kelonggaran ini diharap tidak disalahgunakan oleh golongan yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang semalam.

Katanya, walaupun keseluruhannya negara kita di fasa ke-4 PKP dikatakan dalam fasa pemulihan Covid-19, tetapi perlu diingat setiap hari masih ada kes-kes baharu terutamanya di negeri ini masih tinggi angkanya berbanding negeri lain meskipun dalam trend yang menurun.

“Kecuaian dan kelekaan kita di fasa pemulihan ini dengan tidak mengendahkan PKP boleh menyebabkan rantaian Covid-19 ini belum terputus sepenuhnya dan mungkin berkembang semula. 

“Maka segala usaha kerajaan dan pengorbanan petugas barisan hadapan kita selama ini sia-sia sahaja,” ujarnya.

Beliau seterusnya merayu kepada masyarakat di negeri ini supaya terus bersama-sama berkorban dan menyumbang kepada negara dengan mematuhi arahan PKP sepenuhnya demi kebaikan serta keselamatan bersama.

“Bersabarlah, Insha Allah selepas semuanya berakhir dengan jayanya dan kita semua selamat, maka kita boleh menikmati dan meneruskan rutin kehidupan kita seperti sebelum ini,” ujarnya lagi.

Continue Reading

Previous: KPDNHEP Sibu sentiasa pantau harga barang
Next: Lelaki ditemui meninggal di bilik sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.