Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ambil iktibar impak pandemik Covid-19
  • TEMPATAN

Ambil iktibar impak pandemik Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan cek kepada Pengerusi Masjid Al-Abyad, Ustaz Mohd Ahir Ahmad oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semasa menghadiri Majlis Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah Sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Al-Abyad, Kuching malam semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Umat Islam harus mengambil iktibar atas musibah pandemik Covid-19 ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari menyatakan seluruh sistem kehidupan manusia berubah secara mendadak daripada aspek keagamaan, sosial, ekonomi, hubungan dalam dan luar negara, budaya serta lain-lain akibat pandemik tersebut.

“Sebagai umat Islam, seharusnya kita mengambil iktibar dan hikmah daripada musibah Covid-19 ini,

“Dalam kata lain, setiap yang berlaku dalam kehidupan bagi orang yang beriman adalah sarat dengan hikmah dan pengajaran,” katanya.

Abang Johari berkata demikian di Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1442H/ 2020M di Masjid Al-Abyad semalam.

Bersempena dengan tema Ma’al Hijrah 1441 Hijri, bersamaan 2019 Masihi, iaitu “Ummah Rabbani Negara Harmoni” Abang Johari menyifatkan dengan jelas memperlihatkan  kepentingan untu umat Islam bersatu dalam apa sahaja keadaan kerana Allah.

Kesatuan rakyat kata Abang Johari diyakini akan membantu Sarawak mencapai matlamat bersama iaitu membentuk sebuah negara yang ‘Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur’ bertujuan untuk menjamin agar rakyatnya selamat dan terpelihara maslahah kehidupannya.

 “Penghijrahan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukan setakat berpindah dari satu ke satu tempat yang lain tetapi menghijrahkan umat yang lemah kepada kuat, tertindas kepada yang bergerak cergas, melarat kepada berdaulat dan dakwah dalam lingkungan terbatas kepada seluruh masyarakat.

“Titik permulaan hijrah dan pembinaan negara menjadi tanda aras kepada kebangkitan Islam yang seterusnya tersebar ke seluruh dunia.”

Ujarnya hijrah dan pembinaan negara merupakan dua perkara saling berkait rapat antara satu sama lain.

Manakala kata Abang Johari baru-baru ini beliau telah melancarkan Testbed 5G CENTEXs dan SDEC juga dalam keadaan yang mana 4G dan 3G yang belum lagi menyeluruh di negeri ini.

Ujarnya usaha Sarawak memulakan langkah membangunkan komunikasi 5G itu membuktikan negeri ini enggan ketinggalan namun ia inisiatif untuk membawa Sarawak selari dengan negara yang berjaya dalam arena digital.

“Haruskah kita menunggu sehingga semuanya sempurna baharulah kita memulakan langkah untuk membangunkan komunikasi 5G?

“Kita hendaklah memulakan langkah untuk berhijrah ke dunia digital sekarang,” jelasnya.

Abang Johari berkata, hasrat itu boleh takrifkan sebagai hijrah pemikiran seiring perkembangan zaman, kemajuan teknologi dan kepantasan capaian maklumat seolah-olah dunia kini tiada lagi sempadan fizikal.

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1442H/ 2020M di Masjid Al-Abyad semalam turut dihadiri Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Majlis turut menyaksikan Tuan Yang Terutama menyampaikan sumbangan menaiktaraf masjid berjumlah RM 915,000 kepada kepada Pengerusi jawatankuasa Masjid Al-Abyad.

Hadir sama Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tanggung sepenuhnya
Next: Pemuda DAP perlu diambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.