Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Amazon lancar satelit pertama
  • TEMPATAN

Amazon lancar satelit pertama

Utusan Sarawak 2 weeks ago
ROKET Atlas V milik United Launch Alliance (ULA) berlepas dari dari Pusat Angkasa Tentera Amerika Syarikat di Cape Canaveral, Florida, pada 7.00 malam waktu tempatan (2300 GMT) semalam. Foto AFP

SAN JOSE: Amazon melancarkan kumpulan pertama satelit internet ke angkasa pada Isnin, menandakan permulaan usahanya untuk membina rangkaian saingan kepada Starlink milik Elon Musk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Roket Atlas V yang dikendalikan United Launch Alliance membawa 27 satelit ke orbit dari Cape Canaveral, Florida.

Satelit itu merupakan sebahagian daripada Projek Kuiper Amazon, yang bertujuan membina ratusan satelit sehingga membentuk konstelasi sekitar 3,200 satelit dalam beberapa tahun akan datang bagi menyediakan liputan internet global.

Pelancaran ini dilakukan selepas ditunda awal bulan ini akibat cuaca buruk.

Amazon, yang diasaskan oleh Jeff Bezos membuat tempahan slot bagi puluhan pelancaran roket pada masa depan melalui penyedia seperti SpaceX dan Blue Origin bagi memenuhi keperluan peraturan.

Di bawah lesen operasinya, syarikat itu perlu melancarkan sekurang-kurangnya 1,600 satelit Kuiper menjelang pertengahan 2026.

Rangkaian Starlink milik SpaceX kini mengendalikan kira-kira 7,000 satelit dan menguasai pasaran internet satelit global.

Namun begitu, penganalisis percaya masih terdapat ruang untuk persaingan, terutamanya dengan permintaan daripada syarikat penerbangan, penyedia telekomunikasi dan pengguna di kawasan terpencil atau kurang mendapat liputan.– Bernama -dpa

Continue Reading

Previous: Jawatankuasa penyiasat dedah laporan punca letupan di pelabuhan Shahid Rajaee
Next: Tentera Korea Selatan memeriksa dua insiden kesilapan juruterbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.