Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Terengganu hingga 9.00 malam ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Terengganu hingga 9.00 malam ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka.

Keadaan sama dijangka melanda Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

Di Pahang, kawasan dijangka terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson serta Rembau) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri serta Limbang manakala Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan). – Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 6.00 petang
Next: Kapal Tempur Pesisir negara tarik perhatian pengunjung Hari Terbuka Armada 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.