Amaran hujan lebat di Miri, orang ramai dinasihatkan berwaspada

Facebook
WhatsApp
KEADAAN cuaca gelap di bandar raya Miri yang dirakam, pada 5.00 petang tadi. Foto Liong Chai Ling

MIRI: Keadaan cuaca di sekitar bandar raya Miri dilaporkan gelap sejak petang ini, susulan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di tiga negeri hingga 7.00 malam ini.

KEADAAN cuaca gelap di bandar raya Miri yang dirakam, pada 5.00 petang tadi. Video Liong Chai Ling


Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Sarawak di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang.

Penduduk dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat di kawasan rendah serta kejadian pokok tumbang berikutan angin kencang.

Orang ramai juga disaran menangguhkan sebarang aktiviti luar buat sementara waktu sehingga keadaan cuaca kembali reda.

Oleh Liong Chai Ling