Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan hingga Ahad ini  
  • SEMASA

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan hingga Ahad ini  

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga Ahad ini, 22 Disember.

Di Sarawak, amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu manakala amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Labuan.

Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.- Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Manfaat platform digital tarik lebih ramai pelanggan
Next: SFC: Orang ramai diingatkan waspada serangan buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.