Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Amaran hujan berterusan di Sarawak
  • SEMASA
  • TEMPATAN

Amaran hujan berterusan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga tarikh berkenaan  yang berpotensi menyebabkan hujan dan angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan Sarawak berkuat kuasa pada 18 hingga 20 Mac, serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 18 hingga 21 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

– BERNAMA  

Continue Reading

Previous: Cadang bina tiga balai bomba di Lebuh Raya Pan Borneo
Next: Komited sokong, bantu pejuang kanser payudara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.