Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Alvin Lee dilantik sebagai CEO Maybank Singapura
  • BISNES

Alvin Lee dilantik sebagai CEO Maybank Singapura

Utusan Sarawak 1 year ago
ALVIN Lee Han Eng

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura, berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

Hang Eng yang ketika ini berkhidmat sebagai ketua perkhidmatan kewangan komuniti dan ketua pengurusan kekayaan kumpulan di Singapura, akan menggantikan Dr John Lee Hin Hock yang bakal bersara daripada Maybank Group berkuat kuasa pada 31 Disember ini, selepas berkhidmat selama 12 tahun.

“Pelantikan ini selaras dengan hasrat strategik kumpulan untuk memastikan perancangan bakat yang kukuh untuk jawatan kanan, termasuk bagi peranan jawatankuasa eksekutif,” kata Presiden dan CEO kumpulan Datuk Khairussaleh Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, CEO baharu itu akan mengemudi Maybank Singapura di landasan sama yang boleh memberi impak dari segi keputusan diharapkan, baik di peringkat tempatan serta serantau.

“Bersandarkan kehadiran Maybank dalam pelbagai cabang perniagaan serta peranan Singapura sebagai penyumbang kedua terbesar untuk perniagaan kumpulan selain perkembangan pendigitalan dalam industri perkhidmatan kewangan dan tumpuan Maybank ke atas kemampanan dan perkhidmatan kewangan berasaskan nilai, Hang Eng akan terus mengetuai usaha transformasi Maybank Singapura serta memacu pertumbuhan seiring keutamaan strategik M25+ kumpulan,” katanya.

Pada masa sama, Khairussaleh berkata Kumpulan Maybank turut berterima kasih kepada Hin Hock di atas sumbangan besar, perkhidmatan dan komitmennya sejak beberapa tahun dalam membentuk sebuah organisasi penting di rantau ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indeks harga seunit besi naik 0.1 – 2.0 peratus pada November
Next: Perangkaan: Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus Oktober 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.