Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aktiviti sukan MAKSAK perlu sokongan wakil rakyat
  • TEMPATAN

Aktiviti sukan MAKSAK perlu sokongan wakil rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

TERIMAKASIH…Datu Penguang Manggil menyerahkan cek peruntukan MRP kepada Mackos Sibong.

MARUDI : Kejayaan dan pelaksanaan program dan aktiviti sukan di peringkat daerah MAKSAK banyak bergantung kepada kerjasama dan sokongan daripada wakil rakyat kerana peruntukan itu disalurkan mereka.

Pegawai Daerah Marudi selaku Pengerusi MAKSAK Daerah Marudi Mackos Sibong berkata tanpa bantuan seperti ini mereka tidak dapat menganjurkan kejohanan atau program di mana dengan adanya sumbangan peruntukan daripada wakil rakyat tersebut memudahkan lagi program dan aktiviti MAKSAK.

“Dalam kita melaksakan tugas seperti ini kita tidak lupa kebajikan serta sukan riadah, rekreasi dalam kalangan kakitangan kerajaan contohnya melalui MAKSAK ini kita adakan aktiviti setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis penyampaian hadiah kejohanan badminton yang disempurnakan Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Datu Dr Penguang Manggil sempena Karnival Sukan MAKSAK 2019 di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Marudi.

Katanya melalui MAKSAK dapat mengeratkan hubungan serta kerjasama yang erat diantara kakitangan kerajaan Persekutuan dan kakitangan Negeri  mahupun badan-badan berkanun kerana melaui sukan ini lah banyak perkara yang kita  lihat bukan hanya untuk melihat kemenangan tetapi yang paling penting adalah memupuk semangat kerjasama antara satu dengan yang lain selain melahirkan bakat-bakat dan kepimpinan jati diri.

“Apabila semua kakitangan kerajaan mempunyai kepimpinan dan disiplin yang tinggi, dan keupayaan dan semua ini secara langusng kita lihat lahir daripada sukan,’jelasnya.

Menurut Mackos program tahun lepas ini iaitu diadakan pada November 2019 merupakan kejohanan badminton Piala Datu Penguang di langsungkan di dewan serbaguna Good Shepherd.

Katanya antara aktiviti sukan lain sempena Karnival Sukan MAKSAK 2019 selain badminton ialah bola sepak veteran 9 sebelah dan Bola Jaring.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Pantau rapi semua projek
Next: Warga emas sesat belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.