Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aktivis letak ratusan pinggan kosong di pantai Brazil, gesa pemimpin dunia tangani isu kelaparan
  • GLOBAL

Aktivis letak ratusan pinggan kosong di pantai Brazil, gesa pemimpin dunia tangani isu kelaparan

Utusan Sarawak 6 months ago

Aktivis hak asasi manusia meletakkan 733 pinggan kosong di Pantai Copacabana, Brazil. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Aktivis hak asasi manusia meletakkan 733 pinggan kosong di Pantai Copacabana, Brazil, bagi mewakili 733 juta orang yang menderita kelaparan di seluruh dunia, menjelang Sidang Kemuncak G20 di sini.

Menurut Agensi Anadolu, protes simbolik yang dianjurkan kumpulan masyarakat sivil itu bertujuan menarik perhatian terhadap isu kelaparan global, sekali gus menggesa pemimpin dunia supaya mengambil tindakan.

Diilhamkan oleh kata-kata ahli sosiologi dan aktivis Brazil, Betinho de Souza, bahawa ‘kelaparan tidak boleh menunggu’, pinggan yang ditandakan dengan palang merah itu bertujuan menyerlahkan betapa mendesaknya krisis berkenaan.

Rio dijadual menganjurkan Sidang Kemuncak G20 pada 18 hingga 19 November ini yang bakal menghimpunkan pemimpin dari 19 ekonomi utama, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika bawah tema ‘Construction of a just world and a sustainable planet.’

Penduduk tempatan turut menyertai protes di kawasan paling meriah di bandar ini untuk memberikan sokongan mereka terhadap pergerakan berkenaan. – BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: AirAsia tawar penerbangan terus ke Andan, Nicobar Islands mulai 15 Nov, tambang promosi RM199
Next: Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic dijual RM8.81 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.