Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Akses penduduk dipertingkat, laluan balak Ngungun–Jagau dinaik taraf
  • Tengah
  • WILAYAH

Akses penduduk dipertingkat, laluan balak Ngungun–Jagau dinaik taraf

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Ngemah, Anyi Jana (berdiri tengah) merakam kenangan bersama penduduk rumah panjang di Nanga Bat hari ini.

KANOWIT: Laluan jalan balak di kawasan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun hingga ke SPS Jagau akan dinaik taraf sebagai penyelesaian sementara bagi memastikan kelancaran perhubungan penduduk sementara menunggu projek jalan utama siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, langkah tersebut diambil oleh Kerajaan Sarawak bagi mengatasi kekangan akses di kawasan berkenaan yang kini masih bergantung kepada laluan sedia ada.

Menurutnya, dalam masa sama, projek pembinaan jalan utama yang menghubungkan SPS Ngungun hingga ke SPS Jagau terus dilaksanakan secara berperingkat dengan nilai keseluruhan melebihi RM123 juta.

ANYI Jana ketika melakukan upacara miring pada program Hari Keluarga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Ngemah Tengah dan Ngemah Hilir di Karangan Nanga Bat, hari ini.

“Bagi fasa pertama dari SPS Ngungun ke Nanga Bat sepanjang 4.3 kilometer, projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah ditender pada 25 Februari lalu dengan kos lebih RM37.79 juta.

“Namun, pelaksanaannya sedikit tertangguh berikutan isu teknikal melibatkan urusan pembayaran yang kini sedang diselesaikan oleh Jabatan Tanah dan Survei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Hari Keluarga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Ngemah Tengah dan Ngemah Hilir di Karangan Nanga Bat, hari ini.

Sementara itu, bagi laluan Nanga Bat ke Nanga Pra sepanjang 8 kilometer, Anyi berkata projek di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) bernilai RM86 juta kini telah mencapai kemajuan 86 peratus.

Katanya, kesinambungan projek dari Nanga Pra ke Nanga Jagau pula dijangka ditender pada suku ketiga tahun ini, bergantung kepada jadual pelaksanaan oleh Jabatan Kerja Raya.

“Jika tidak pada suku ketiga, kita harap ia dapat dilaksanakan pada suku keempat 2026 atau selewat-lewatnya suku pertama 2027.

“Walaupun projek ini melibatkan pengambilan tanah, setakat ini semua isu dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya.

Tambah beliau, satu lagi projek jalan sepanjang 7 kilometer menghubungkan ke Simpang Jagau juga akan ditender dalam masa terdekat, sekali gus melengkapkan rangkaian jalan di kawasan tersebut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PIBG jadi platform kukuh eratkan kerjasama sekolah, ibu bapa dan komuniti
Next: Persatuan berbasikal gesa tindakan tegas selepas kes langgar lari maut di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.