Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Akses IPTA untuk lepasan tahfiz, UEC perluas peluang pendidikan – Loke
  • PENDIDIKAN

Akses IPTA untuk lepasan tahfiz, UEC perluas peluang pendidikan – Loke

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Stesen Keretapi Segambut Utara di Stesen Keretapi Segambut Utara hari ini.

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memberi laluan kepada lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disifatkan sebagai usaha memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada rakyat.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lepas, bagi menyediakan laluan tambahan kepada pelajar daripada sistem pendidikan di luar Kementerian Pendidikan untuk melanjutkan pengajian di IPTA.

“Bukan UEC sahaja, sijil tahfiz pun dah dapat. Jadi ini kita menambah akses kepada rakyat Malaysia mendapat pendidikan tinggi, (dan ia) adalah sesuatu yang baik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Stesen Keretapi Segambut Utara di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Menteri Pengangkutan membidas sikap pembangkang yang membantah usaha kerajaan memperluas peluang pendidikan kepada rakyat.

“Kita nak tambah akses pendidikan nak didik anak-anak kita mendapat pendidikan yang lebih baik. Pembangkang dia main bangkang saja. Dia tak nak orang dapat akses pendidikan, jadi dia nafikan hak anak-anak kita belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sudah tentu kita dalam kerajaan bersetuju supaya akses ini ditambah baik dan memberikan laluan kepada lepasan UEC mendapat pendidikan di IPTA, universiti-universiti tempatan dan juga kepada pelajar-pelajar di sekolah tahfiz juga memberikan laluan yang sama,” katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju terhadap beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan SMPC ke IPTA. – Bernama

Continue Reading

Previous: UEC hanya diiktiraf kursus bahasa Cina tidak memadai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.