Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • AKM Sarawak tampilkan planetarium bergerak
  • ADVERTORIAL

AKM Sarawak tampilkan planetarium bergerak

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: Planetarium bergerak bakal menjadi tarikan pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching, pada 5 hingga 7 Ogos ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rakyat Sarawak, khususnya pelajar, berpeluang mempelajari ilmu astronomi menerusi planetarium bergerak itu yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi buat pertama kali pada siri jelajah AKM.

“Sebelum ini tempat-tempat (negeri) lain belum dibawa. Jadi ini adalah peluang yang baik untuk pengunjung terutama pelajar untuk mempelajari keadaan angkasa lepas,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam.

Beliau berkata AKM kali ini, yang dikendalikan kementeriannya, akan turut mengetengahkan kebudayaan dan keunikan cita rasa makanan negeri itu seperti laksa Sarawak, mi kolok dan kek lapis Sarawak, selain segmen bual bicara bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan pameran kerjaya.

“Secara keseluruhan, terdapat 28 reruai dan enam kaunter bergerak akan ditonjolkan sebagai melengkapi pengisian di tiga pentas utama dan khemah-khemah khas, yang antara lain memperkenalkan inovasi baharu dalam pembinaan jalan raya,” katanya.

Fadillah berkata perkhidmatan bas akan disediakan kepada masyarakat di luar Kuching bagi membolehkan mereka turut serta dalam program tersebut.

Katanya AKM Sarawak dianjurkan Kementerian Kerja Raya bersama Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Annuar ajak rakyat anjur pelbagai aktiviti sebagai tanda kebersamaan
Next: Skop kelayakan PerantiSiswa diperluaskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.