Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • ADVERTORIAL
  • AKM: Pengunjung sanggup berhujan
  • ADVERTORIAL

AKM: Pengunjung sanggup berhujan

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Hujan tidak mematahkan semangat orang ramai untuk beratur panjang di reruai Jualan Keluarga Malaysia bermula 9 pagi tadi, bagi mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah sempena hari pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini.

Pengarah Komersial Pasar Raya Everrise Arif Kwan berkata setakat pukul 11.00 pagi semalam lebih 40 peratus barangan keperluan terjual dan antara barangan paling laris adalah minyak masak peket satu kilogram (kg), telur ayam serta ayam mentah.

Katanya bagi memastikan setiap pengunjung berpeluang mendapatkan barangan tersebut, pihaknya yang terbabit dalam jualan tersebut telah mengehadkan jumlah pembelian.

“Bagi minyak masak kita hadkan kepada tiga peket seorang, ayam mentah dua ekor dan telur sekotak manakala barang lain terhad kepada satu pembelian sahaja,” katanya di sini semalam.

Menurut Arif memandangkan sambutan jualan pada hari pertama amat memberangsangkan, pihak pasar raya akan menggandakan jumlah barangan bagi hujung minggu ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Peter J.Berinus Agang berkata jualan Keluarga Malaysia diadakan bagi memberi peluang kepada golongan B40 mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri, Haminah Dan, 69, dan Ramli Arabi, 70, berkata mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minyak masak peket dan telur ayam memandangkan harga yang ditawarkan lebih murah daripada di pasaran.

Pendapat itu dipersetujui Liew Swee Hua, 61, dan suaminya, Lim Mia Yang, 63, yang turut mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan seperti beras, ayam mentah dan barangan lain. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kebocoran data: Pengguna data dicadang wajib lantik pegawai perlindungan data
Next: RIUH ditambahbaik ikut kesesuaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.