
BINTANGOR: Penantian seorang lelaki selama 10 tahun mendapatkan kelulusan taraf warganegara Malaysia dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya membuahkan hasil.
Chen Soon Ngin telah mendapat kad pengenalan bertaraf warganegara Malaysia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, Soon Ngin telah memohon untuk mendapatkan kelulusan sebagai warganegara Malaysia pada 2015.
“Tanpa kad pengenalan diri adalah sukar untuk Soon Ngin mendapatkan pekerjaan yang tetap atau meneruskan pendidikan.
“Saya berasa amat gembira kerana dia akhirnya mendapat kad pengenalan diri dari KDN.
“Saya berharap Soon Ngin akan sentiasa menghargai usaha dari kerajaan untuk mendapatkan status dokumen pengenalan diri taraf warganegara Malaysia,” katanya kepada media, semalam.
Dalam pada itu, bapa Soon Ngin berterima kasih kepada Koung Hiing kerana membantu membuat permohonan dan sentiasa membantu membuat rujukan permohonan anaknya tanpa putus asa kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Oleh Earl Anek