Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperluas ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak
  • SEMASA

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperluas ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan dana khas bagi memastikan ahli komuniti dapat bergerak lebih efektif di lapangan, sekali gus menghakis fitnah dan maklumat palsu dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kita mahu memastikan pasukan secara keseluruhan mempunyai asas yang boleh membantu mereka menyampaikan maklumat dengan tepat, menangkis berita palsu serta mendekatkan rakyat dengan kerajaan MADANI.

“Harapan saya, selepas ini program ASAS akan menjelajah seluruh negara bermula di Sabah, kemudian ke Sarawak dan seterusnya Pantai Timur,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Akademi ASAS Penerangan (ASAS) Zon Tengah di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini, hari ini.

Fahmi berkata setakat ini 1,878 Komuniti MADANI dikenal pasti bagi mengikuti program berkenaan.

Sementara itu beliau berkata, program tersebut turut digerakkan bersama kempen keselamatan dalam talian kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman digital, termasuk isu buli siber.

“Program tersebut akan menjangkau 10,000 sekolah dan semua universiti awam, selain melibatkan Komuniti MADANI dalam menyampaikan modul keselamatan dalam talian kepada masyarakat,” katanya.

Program Akademi ASAS Penerangan merangkumi pelbagai modul latihan, termasuk penguasaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan penyuntingan video, bagi memastikan Komuniti MADANI lebih yakin dalam berkomunikasi serta tepat dalam menyampaikan maklumat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak pada landasan tepat jadi hab perubatan serantau
Next: Perkhidmatan siaran radio kekal relevan dalam arus digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.